Akhirnya aku selamat sampai kat KL. Yeah!!. Give me a big applause!! (macam masuk explorace pulak!!). Korang ingat senang ke nak pergi KL. Susah ye. Kena cukup persediaan fizikal dengan mental. Mental yang paling penting!!! Kalau tak kuat tengah2 perjalanan boleh gila sekejap. Meh baca kronologi perjalanan aku untuk tau apa yang mental tak mental nie.
*Perhentian Bas
Aku beli tiket pukul 3.30 petang. Sebab nanti lepas sembahyang jumaat ada lah masa aku nak lunch dengan kemas2 barang. Last2 bila tengok jam dah pukul 2.45. Gila kau!!. Makan belum lagi, baju belum kemas lagi. Berlari2 aku dalam rumah tu nak amik semua barang. Dari dapur ke bilik tidur. Dari bilik tidur ke toilet. Semua bahagian rumah aku singgah. Bergegar2 satu rumah. Dah lah rumah papan!! Nasib baik tak runtuh.
Korang boleh tengok time entry aku post semalam. 3.03 PM!! Sempat lagi tu post entry. Muahahaha. Bila dah sampai Station Bus Manjung dah pukul 3.25 dah. Fuh!! Nasib baik sempat. So aku cari tempat duduk yang sesuai tunggulah bas datang. Tik tok tik tok. Pukul 4 baru sampai!! Aiyoo!! Sia2 aku ber olahraga dalam rumah. Sabo je lah.
*Dalam bas
Tempat duduk aku 5C. Sesuai sangat lah dengan aku. 5Cute. Nyiahahaha!! Lepas dh check semua tiket apa. Baru bas gerak. Dalam 4.10 mcm tu. Astaga!! Bila lah aku nak sampai macam nie. Tengah2 dok skodeng kereta2 kat luar tu. Tiba2 aku dengar lagu nie
" Tuai lah padi antara masak. Esok jangan layu-layuan!!"
Amik kau!! Radio Klasik pakcik driver tu pasang. Boleh layu aku dengar lagu macam tu. "Mana Earphone!! Earphone!!". Bergegar2 tangan aku mencari earphone dalam beg. Hahaha. Tu takpe lagi. Lepas dah macam setengah jam bas gerak. Adalah auntie2 chinese bergosip kat belakang!!. Kuat gila!! Aku yang pakai earphone nie pun boleh dengar. Lagi dasyat korang tau tak!! Bila aku terjaga dari tidur dalam sejam macam tu. Diorang still gossip lagi!! Memang desperate housewife betul!! Hahahaha. Nak je aku bagi bawang seguni bagi diorang kupas sambil gossip. At least ada hasilnya. Tapi kesian pulak aku tengok suami2 diorang tu. Kena dengar isteri gossip kat tepi. Muahaha. Tapi yang memang tak boleh terima bila dah 2 jam perjalanan. Dengan uncle2 tu join gossip sekali dengan isteri dia. Uncle!!!!!!!.. T T
Bila dah sampai Perhentian Duta baru stop gossip. Itu pun bila diorang dah turun. Memang family gossip betul. Nasib baik cakap mandarin kalau melayu dengan aku2 pun join sekali. Wakaka.
*Perhentian Bas Sementara Bukit Jalil
Sebelum nak sampai sini korang tau tak. Aku kena traffic jam!! 2 jam stuck!! Daripada 4 hours journey dah jadi 6 hours journey!! Naik kebas bontot aku. Sabo je lah lagi. Aku nie penyabar kan orangnya!! Hahaha. Bila dah sampai terus turun bas dah tak tengok sapa2 dah. Terus pergi LRT. Dah tak larat dah nak berkenalan2. Wakakaka. Macam artis!!
*LRT
Finally!! I can get some rest!! Bila pintu LRT tu buka terus dengan rakusnya aku masuk sebab nak cop tempat duduk dulu. Jauh kut destinasi. Tak larat nak berdiri. Semua penumpang macam tak de mood nk sembang2. Sebab letih kan. So agak sunyi lah LRT tu. Tengah seronok2 dengar lagu. Tiba2
"Wei ko nanti jangan turun dekat hang tuah!!.. Bukan!! Bukan!!!. Aku ni on the way nie. Kejap lagi sampai!!"
Astaga!! Ada pakcik jawab telefon punya lah kuat nak mampos. Satu gerabak tu boleh dengar. Macam nak buat announcement!!. Siap semua orang buat pandangan hina kat pakcik tu. Dengan harapan dia slow down lah tone suara dia sikit. Haram!! Buat dek je. Lantak ko lah pakcik. Janji air liur ko tak kena kat aku sudah. Tapi nak je aku buat macam nie kat pak cik tu. Baru puas hati.
Tepat pukul 10.30 barulah aku sampai rumah kakak aku. Rasa dah macam kat dalam pengembaraan Zulhilmi In The Wonderland pulak. (- -")
P/S = Sorry!! Tak de gambar yang sempat aku tangkap. Sebab dah letih sangat. =P
akak faham dik...naik bas sgt kebas vontot...boleh kematu kalau kerap2..ngeh2x!
ReplyDeletemeh la dtg kuantan plk tgk mncabar tak =p
ReplyDeleteaku naek bas sploh jam tido memanjang
ReplyDeletetakda sakit hati ngn sesapa
orang sakit hati ngn aku ada lah
haip. tapi aku tak berdengkur
wakakakaaa
@Kancilbiru
ReplyDeleteBukan aje kematu. Daging bontot pun dah tak kenyal dah.. Hahaha
@Sha
Kuantan pun sama gak jauh perjalanannya.. Tak mau pegi!! hahaha
@Si kenit
Ko mana tau ko tak berdengkur. Kut2 org kesian tak nak bg tau kat ko.. Hihihi