Wednesday, May 26, 2010

Sudah - Sudah Lah Tu

Dengan busy2 renovate blog nie pun ak sempat lagi nak post entry baru. Tu namanya blogger yang berdedikasi lagi bersemangat waja.Wakakaka <<< (Mata ak pun boleh naik juling tengok statement ak sendiri).  Hari ni tiba2 pulak ak rasa macam nak bagi pendapat ak sendiri tentang gosip2 yang sering menimpa golongan2 artis nie termasuklah ak.

Bukan apa. Ak dah nak naik muntah dah baca gosip2 mengarut tak tentu pasal nie. Kadang2 sampai tajuk pun tak masuk akal. Bukan lah dekat sini ak nak backing up kata artis tu semua baik2 belaka. Ak just menyatakan pendapat ak je. Lagipun this is my blog. So what!!!. I don't care what other people say. Semua orang ada pendapat sendiri. Termasuk lah jugak ak.

So apa yang ak cuba nak bagitau kat korang ialah jangan lah percaya BULAT2 apa ditulis dekat newspaper or dekat mana2 media lain. Melainkan kalau ada bukti kukuh dari sumber yang sahih then baru boleh kita percaya. Tapi kalau setakat "berita" yang ditulis dengan beberapa perenggan. Lepas tu letak pulak gambar pun tak de kaitan dgn berita tu. Alah!! ak pun boleh agak benda nie tak betul. 

Ak bagi contoh lah. Tajuk berita  "Artis A Makan Nasi Tak Basuh Tangan". Lepas tu letak lah gambar artis tu tengah posing gedik dekat dinding. Like what!!!. Berita apa nie!! Tunjuk lah bukti oi.. Letak lah gambar artis tu tak basuh tangan  ke, baru lah ak percaya. Yang nie just nak bagi melariskan jualan atau nak menaikkan traffic pembaca je. Padahal benda tu entah betul entah tidak main bubuh je lepas dengar dari  mana2 ntah. Lagi yang tak boleh blah kalau di highlight kan perkataan "Tak Basuh" dengan warna merah. Nenek yang rabun pun boleh nampak terus perkataan tu.  

Lagi contoh yang ak nak bagi. Yang ni dari Ratu Kontroversi sendiri iaitu Cik Britney Spears. Bagi ak tak de lah apa2 yang kontroversi pun. Biasa je. Ak pilih tajuk satu berita yang pasal Brit nie. "Jamie Demands Britney Wear a Bra". Huh!!! Apa Bra2 nie?? Tajuk pun tak boleh blah. Kalau korang nak tau si Jamie ni adalah ayah kepada Brit nie. Ni antara artikel yand ditulis

Jamie is taking the order so seriously he has even threatened to fire one of Britney's security guards who has let her be photographed bra-less several times in recent weeks."


KELAKAR!!! Ak baca pun tau tak betul. Dah tak da berita lain ke nak tulis?? Tak paham ak. Lepas tu boleh pulak ramai yang percaya pasal benda nie!! Terkejut ak!! Serius!! Sebab  nampak lah sangat kita sekarang hanya dengar dari satu pihak je. Kita tak dengar lagi apa pulak kata pihak Brit lagi. Lepas beberapa hari keluar berita lain yang bertajuk "Jamie Laughs Off Bra Rumors". Antara yang ditulis


"Sources close to the family tell us there is no such rule in place, nor has there even been any thought of one."  They're told Jamie feels he can't make a 28-year-old woman wear a bra if she doesn't want to.




Sekarang berita pertama tu dah bercanggah dengan yang kedua. Lagi2 lepas tu website official britney telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkaitan hal nie dengan melabelkan berita nie dibawah kategori Bu**$hi*. Tapi malangnya berita pasal nie tak digembar gemburkan sgt sebab tak cukup "panas" berbanding dengan berita yang pertama. So orang yang tak tahu pasal berita kedua nie akan assume berita yang pertama tu betul. Lagi2 terus sebarkan dekat jiran2 tetangga masing2. Padan lah boleh gila si brit nie.



Itu baru satu contoh. Banyak lah lagi contoh2 lain pasal artis lain. Macam " Is Lady GaGa a Man" atau "Is Miley Cyrus Pregnant?".Adui!! Mcam2. Kalau ada bukti tak pe jugak. Nie just artikel je. Dah2. Cukup pasal2 berita merepek nie. Banyak lagi berita lain yang boleh difokuskan dan semestinya berkaitan dengan karier mereka. 



Terjadi jugak rumors2 nie kat ak. Maklumlah artis kan. =P Pernah keluar satu gosip pasal ak ader secret admire kat tempat ak study. And secret admire tu hadiahkan ak coklat dgn bunga. What the heck!! Apa nie?? (Buat muka innocent). Kelakar pulak bila ak pikir balik. Tapi tak pe lah tu maknanya ak ni popular gak. Wakakaka.


P/S : Ak tak salah kan media seratus peratus. Sebab ak pikir kalau tak da sambutan yang menggalakan pasal sesuatu berita tu. Mestinya media tak akan keluar berita2 pasal tu. So sekarang benda nie berbalik kepada kita sendiri iaitu sebagai pembaca.

No comments:

Post a Comment